fb fb fb fb fb

KUIPs terima RM200,00 daripada IKRAM

KUALA PERLIS, 26 Februari- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima RM200,000 daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia dibawah program Wakaf Pendidikan.

Wakaf Pendidikan merupakan inisiatif KUIPs untuk mengumpulkan dana bagi penyelidikan dan biasiswa pelajar melalui endowmen dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Penyerahan diterima oleh Rektor KUIPs, Dr Rozaimi Ramle daripada Yang DiPertua IKRAM, Dr Muhammad Azhar Zailaini sambil disaksikan oleh Canselor KUIPs, Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dr Rozaimi amat menghargaai sumbangan daripada pihak IKRAM Malaysia dan mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak dibawah Wakaf Pendidikan ke akaun KUIPs : 25901800007531 (RHB Islamic Bank).

Dalam majlis yang sama, Pertubuhan IKRAM Malaysia turut menyumbangkan RM100,000 kepada MAIPs untuk Rumah Perlindungan MAIPs yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dr Muhammad Azhar berharap sumbangan tersebut dimanfaatkan dalam tabung wakaf, sebagai tambahan untuk KUIPs mengembangkan lagi konsep wakaf kerana telah terbukti bahawa kebanyakan universiti-universiti Islam besar di dunia juga membangun atau berkembang dengan sumber wakaf.

Media Baharu