fb fb fb fb fb

KUD bantu usahawan baharu teroka peluang perniagaan

PONTIAN, 4 Mac - Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Pontian, Johor menjadi platform kepada usahawan baharu meneroka peluang perniagaan menerusi insentif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata antara insiatif yang dapat meningkatkan peluang perniagaan mereka, adalah perniagaan sepadan atau 'matching business'.

"Banyak peluang di luar sana yang mereka boleh capai melalui karnival ini. Kita ada pelbagai program yang dapat meningkatkan lagi peluang dalam perniagaan mereka," katanya kepada RTM.

(Che Murad Sayang pada Program Mini KUD di Pontian, Johor)

KUD melibatkan penyertaan 100 usahawan luar bandar serta kerjasama daripada enam agensi bawah KPLB. Karnival yang berlangsung selama tiga hari hingga esok itu menyasarkan 10,000 pengunjung.

Selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar, program turut menjadi medium mewujudkan akses pasaran produk luar bandar kepada pemborong.

Media Baharu