fb fb fb fb fb

Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand diekstradisi ke Malaysia

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 23 Jun - Seramai empat warga Thailand akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, hari ini berhubung penemuan kem dan kubur di Wang Kelian pada Mei 2015.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keempat-empat mereka antara sepuluh individu hasil permintaan kerajaan Malaysia ketika mengemukakan ekstradisi kepada kerajaan Thailand pada 6 Januari 2017.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / FOTO FAIL)

“Kes ekstradisi ini telah berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac lalu akhirnya telah mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu tersebut untuk diserahkan kepada Malaysia," katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses ekstradisi bagi kes Wang Kelian ini berjalan lancar.

Pada Mei 2015, kerajaan Malaysia dan Thailand menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab susulan kejadian tersebut.

Media Baharu