KUALA LUMPUR, 18 Jun - Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM26), Kuala Lumpur Tower akan melalui pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan sebagai persediaan menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn Bhd, Khairil Faizal Othman berkata, tarikan utama seperti Observation Deck, Sky Terrace, dan restoran ikonik Orbit akan terus dikekalkan dan pada masa sama dipertingkatkan daripada segi kemudahan dan perkhidmatan.
"KL Tower bukan sekadar menara telekomunikasi, tetapi kini menjadi pusat tumpuan pelancongan yang aktif. Kami akan melaksanakan promosi berterusan dengan tawaran diskaun tiket istimewa menjelang Hari kebangsaan dan Hari Malaysia, malah berterusan hingga hujung tahun," katanya.
Khairil Faizal bercakap kepada pemberita selepas selepas program Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri.
Beliau turut menegaskan bahawa semua elemen yang baik dari KL Tower akan terus dipelihara sambil memastikan aspek moden diselaraskan secara harmoni dalam usaha mengekalkan nilai warisan menara berkenaan.