fb fb fb fb fb

KPWKM komited perkasa wanita, perjuang kesaksamaan gender ikut perundangan

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad/ BERNAMA

SEREMBAN, 25 Februari- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited memperkasa golongan wanita dengan memperjuangkan kesaksamaan gender mengikut lunas-lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, kesaksamaan gender tidak bermaksud semua hak dan peluang kaum lelaki diambil oleh wanita, tetapi kedua-dua jantina berkongsi peluang tanpa wujud diskriminasi perbezaan gender. 

Perkongsian peluang itu mampu memberi manfaat kepada negara dengan penggunaan sumber manusia secara optimum.

"Perlembagaan Persekutuan, kesaksamaan gender merupakan satu lagi isu yang sering diperkatakan. Kesaksamaan gender merujuk kepada konsep pemberian hak dan peluang yang sama kepada semua tanpa sebarang diskriminasi.

"Malaysia telah menunjukkan komitmen dengan meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau CEDAW dengan beberapa pengecualian yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perundangan Islam", katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Tengah di Senawang.

Sambutan Hari Wanita yang bertemakan 'Wanita Beraspirasi Membina Legasi' itu merupakan simbolik penghargaan kepada wanita tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi atau politik.

Tema itu merujuk kepada semangat wanita untuk mencapai impian dan matlamat besar dalam kehidupan serta mengangkat usaha wanita untuk mencipta perubahan yang berkekalan. 

ROSLINA BINTI DIN