fb fb fb fb fb

Pelaburan Malaysia cecah RM378.5 bilion, rekod tertinggi dicapai

Foto FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Malaysia merekodkan RM378.5 bilion pelaburan diluluskan, tahun lalu.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ia melonjak berbanding RM329.5 bilion dicatatkan pada 2023, sekali gus angka tertinggi pernah dicapai.

"Ini mewakili peningkatan 14.9 peratus tahun ke tahun, meliputi 6,700 projek merentasi pembuatan, perkhidmatan dan sektor primer.

"Pelaburan ini akan mencipta lebih 207,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, mengesahkan semula visi Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk meningkatkan lantai ekonomi untuk rakyat kita," katanya pada pada sidang media tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, hari ini.

Sektor perkhidmatan menyaksikan peningkatan ketara dengan menyumbang 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Tambahnya, 55 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan tahun lalu, disumbangkan pelabur domestik.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyasarkan peningkatan lima peratus pelaburan diluluskan pada tahun ini, berbanding tahun lalu.

Sasaran itu sejajar jangkaan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini, selain faktor luaran.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM