(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 25 Mei- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu membabitkan integriti serta pengiktirafan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) termasuklah penjualan sijil palsu dalam kalangan graduan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Afdal berkata, KPT akan bertindak terus berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, selain menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).
"Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 76 dan 77, Akta 55. Jika disabitkan kesalahan, individu atau institusi boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Mohd Yusof berkata, KPT tidak pernah lagi menerima kes aduan yang melibatkan penjualan sijil ijazah, sarjana dan doktor falsafah (PHD) yang melibatkan IPTS.
(Mohd Yusof Afdal)