fb fb fb fb fb

KPT beri galakan kepada universiti wujud Fakulti AI

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress 2024 (GTEST2024) di Kepala Batas/ Foto BERNAMA

KEPALA BATAS, 2 September- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memberi galakan kepada mana-mana universiti di negara ini untuk mewujudkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI).

Perkara itu selaras dengan kecanggihan teknologi dan peredaran masa selain ianya perlu disokong kepakaran dalam bidang terbabit.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mempunyai fakulti AI pertama.

Dalam pada itu pihaknya juga akan terus menyokong Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menubuhkan fakulti AI dan Sains Perkomputeran seiring perubahan semasa.

"Universiti-universiti yang mempunyai kepakaran mereka untuk meneruskan program ini, tentunya dengan perubahan masa mereka juga perlu membuat perubahan-perubahan dalam fakulti.

"Maka hari ini seperti yang disyorkan oleh UniMAP iaitu mereka ingin mewujudkan Fakulti Sains Komputer dan juga AI maka kita tidak ada halangan untuk mereka meneruskan dan mewujudkan fakulti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress 2024 (GTEST2024) di Bertam Resort di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI