(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 4 Jun- Kementerian Pendidikan Tinggi KPT akan melaksanakan sistem pembelajaran hibrid dan anjal di Institut Pengajian Tinggi Awam bermula Sesi Akademik 2023/2024.
Menurut menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, inisiatif tersebut dapat mengurangkan jumlah pinjaman dan kos pendidikan pelajar.
"Kita ada 95 program di universiti yang dikenal pasti sesuai dan boleh untuk dibuat penawaran program secara anjal dan secara hibrid, dan kita juga kenal pasti beberapa program, yang sebenarnya tidak perlu sampai empat tahun belajar.
"Kalau belajar empat tahun, selama itu juga perlu pinjam dgn PTPTN, jadi kenal pasti beberapa program yang boleh dijayakan dalam masa tiga tahun iaitu 44 program,"katanya.
Beliau turut memberitahu media, sistem tersebut memerlukan pelajar menghadiri kuliah di universiti pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja.
Bagi tahun pertengahan, kuliah perlu dihadiri secara atas talian.
Terdahulu beliau merasmikan upacara penutupan Program Jom Masuk U 2023 anjuran KPT di Universiti Malaya.
(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas merasmikan
upacara penutupan Program Jom Masuk U 2023 anjuran KPT di Universiti Malaya)