fb fb fb fb fb

KPT siasat dakwaan universiti naikkan yuran

KUANTAN, 15 Oktober- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan siasatan berkenaan dakwaan persatuan pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengatakan pentadbiran universiti itu telah menaikkan yuran perkhidmatan dan servis secara senyap-senyap.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut akan disiasat secara dalaman.

"Semua perkara yang ada di universiti seperti ini kadang-kadang universiti tidak maklumkan atau merujuk kementerian.

"Jadi sebab itu kementerian kadang kadang pun tidak tahu. Apapun kita akan menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Terbuka UMPSA ke-21 dan Ekspo Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ke 18 di sini.

Mohamaed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Persatuan Mahasiswa Progresif UM meminta penjelasan daripada univerisiti itu berhubung kenaikan yuran perkhidmatan dan servis tanpa sebarang notis.

Semalam Presiden Mahasiswa Progresif UM, Nurul Afrina Rosli dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati pentadbir UM telah menaikkan sekitar 49.38 peratus yuran servis dan perkhidmatan kepada pelajar baharu sesi 2023/2024 tanpa sebarang perincian.

Kenyataan itu juga menyebut berlaku kenaikan sebanyak RM119 kepada RM360.

"Walaupun tindakan pentadbir UM tidak menaikkan yuran pengajian sebaliknya menaikkan yuran perkhidmatan dan servis itu memperdaya pelajar untuk meraih keuntungan," katanya.

Bagaimanapun Mohamad Khaled berkata pihaknya belum menerima aduan sama daripada universiti lain berhubung perkara itu.

(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

Media Baharu