fb fb fb fb fb

KPLB peruntukan RM1.5 juta naik taraf dan bangunkan kampung di Labuan

LABUAN, 4 Februari - Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) khusus kepada Labuan untuk menaik taraf dan membangunkan kampung-kampung di pulau berkenaaan

Ini termasuklah pembaikan jalan kampung, membaiki rumah dan naik taraf kemudahan sosial .

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun, pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu kampung-kampung di Labuan untuk dinaik taraf dan dibangunkan .

Justeru beliau berharap agar Perbadanan Labuan selaku Pihak Berkuasa Tempatan akan segera mengemukakan permohonan rasmi kepada KPLB untuk tujuan penyelarasan agar semua kampung dapat memanfaatkan peruntukan yang bakal diberikan kelak.

"KPLB cuma membantu sebab sebahagian besar di Labuan ini di bawah bidang kuasa Perbadanan Labuan, Cuma di kampung-kampung, kita lihat ada lagi ruang yang kita boleh kami bantu terutamanya di luar daripada kawasan operasi Perbadanan Labuan dan kami akan memberi tumpuan di kawasan tersebut," kata Ramlan kepada Pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan keadaan jambatan dan jalan konkrit di kampung sekitar Labuan.

Antaranya, Kampung Patau-Patau 2, Kampung Durian Tunjong, Simpang KPD Kampung Sungai Bedaun dan Jalan Timbalai Kg Sungai Buton.

Turut hadir sepanjang lawatan, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Sri Amir Hussien.

Media Baharu