fb fb fb fb fb

KPKT terus perkasa agenda Malaysia Berdaya Huni

PUTRAJAYA, 29 September- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperkasakan agenda Malaysia Berdaya Huni menerusi tiga falsafah.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tiga falsafah itu adalah merawat keresahan rakyat, membina keyakinan rakyat serta menepati ekspektasi rakyat.


(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)

"Dalam menggerakkan aspirasi kerajaan, KPKT telah diberi tanggungjawab kepada 32 inisiatif dan pelaksana kepada 137 inisiatif di dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang mencorak hala tuju nasional dalam tempoh 5 tahun mendatang.

"Kita di KPKT dipandu dengan shared agenda kita iaitu agenda Malaysia berdaya huni dengan tujuh fokus utama serta tiga falsafah iaitu merawat keresahan rakyat, membina keyakinan rakyat dan menepati ekspektasi rakyat sebagai salah satu daripada jejak KPKT dan sentuhan KPKT dirasai di setiap peringkat", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPKT Tahun 2022 di Putrajaya.

Selain itu, segala dasar dan inisiatif yang diperkenalkan didokong oleh sumber manusia yang terbaik dan mampu melaksanakannya dengan berkesan.

Datuk Seri Reezal Merican turut tegas menyatakan, KPKT akan terus proaktif dan responsif terhadap keperluan dan kebajikan rakyat pada masa akan datang, terutama ketika mendepani cabaran fasa endemik.

Media Baharu