fb fb fb fb fb

KPDNHEP perkenal dimensi baharu advokasi kepenggunaan dalam kalangan masyarakat

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengorak langkah menggunakan pendekatan baru dalam melaksanakan advokasi kepenggunaan melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan mendekati pelbagai lapisan masyarakat pengguna.

Diadakan bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos di pusat membeli belah MyTOWN, "Program Kita Pengguna" bertemakan "Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bistari" merupakan salah satu pendekatan yang diambil dalam melahirkan komuniti pengguna bijak dalam mewujudkan keharmonian dalam ekosistem ekonomi yang berteraskan masyarakat bersepadu dan negara yang makmur.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui media di sini)

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata antara perkara yang diutamakan termasuklah penerapan budaya kepenggunaan atau consumerism yang berdaya-upaya, memperkasakan hak pengguna dan sikap keberanian dalam mengambil tindakan yang bersangkutan dengan hak-hak pengguna.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, pelbagai isu dan topik telah dibincangkan dan dipersembahkan melalui pertandingan debat, sesi perkongsian ilmu, pertunjukan masakan, pameran, kuiz dan hiburan.

Turut dilancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat kerjasama KPDNHEP dan entiti korporat Hiroyuki-Etika dalam memupuk kesedaran pengguna yang menekankan kepada pengurusan sisa pepejal dan kepentingan proses kitar semula dalam pengurusan sumber dan alam sekitar yang baik selaras matlamat yang digariskan di bawah pendayaupayaan pengguna dan juga Sustainable Development Goals (SDG).

Penganjuran Program Kita Pengguna ini dilihat mampu memberikan kesedaran (awareness) terhadap peranan dan hak pengguna dalam membentuk pengguna yang bijak, bermaklumat dan mampu bertindak dengan baik bagi melindungi kepentingan diri. Ini sekaligus dapat mengurangkan penipuan dan penindasan terhadap pengguna oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab

Media Baharu