fb fb fb fb fb

KPDN Kedah sita hampir 600 unit tembakau kunyah tiruan

597 unit tembakau kunyah tiruan disita KPDN Kedah

ALOR SETAR, 21 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyita 597 unit tembakau kunyah tiruan jenama 'Pan Asal' hasil pemeriksaan di sebuah premis perniagaan di Taman Makmur, Lunas.
 
Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth dalam kenyataan berkata, pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang semalam berikutan aduan pengadu berhubung penjualan produk tiruan tersebut.

Pemeriksaan dilakukan bersama-sama pengadu mewakili Jenama 'PAN MS' dengan melaksanakan tindakan uji beli di premis yang disyaki.
 
Bagaimanapun barang yang disyaki tiruan itu disita dan disimpan di stor ekshibit KPDN Kulim untuk siasatan lanjut. 
 
Nilai rampasan keseluruhan bagi operasi tersebut dianggarkan RM1,194.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 102 (1) (c) iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang iaitu produk Tembakau Kunyah jenama 'PAN MS' yang merupakan suatu cap dagangan berdaftar, dipakaikan dengan salah bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI