fb fb fb fb fb

KPDN Johor rampas baja bernilai lebih RM770,000

KPDN Johor 29,152 unit baja bernilai RM772,987 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar kawasan perindustrian Tangkak, Muar, Johor

MUAR, 7 Jun- Sebanyak 29,152 unit baja bernilai RM772,987 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, menerusi dua serbuan berasingan di sekitar kawasan perindustrian Tangkak, Muar, Johor, semalam.

Dua lelaki tempatan, berusia lingkungan 60-an, disyaki sebagai pemilik gudang dan kilang, turut ditahan kerana menjalankan kegiatan penjualan barang kawalan berjadual itu tanpa lesen yang sah. 

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo menerusi kenyataan berkata, operasi dijalankan hasil risikan anggota, selama lebih sebulan, di kawasan terbabit. 

Serbuan pertama menerusi OPS Barang Kawalan itu berjaya merampas 3,942 unit baja bernilai RM300,060 di sebuah gudang. 

Manakala serbuan kedua, berjaya menemukan 25,210 unit baja, bernilai RM472,927 di sebuah kilang. 

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. 

ROSLINA BINTI DIN