fb fb fb fb fb

KPDN buka 88 kertas siasatan berhubung penipuan pakej umrah

Foto Hiasan

TENOM, 7 Januari- Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka 88 kertas siasatan berkaitan aduan penipuan pakej umrah baru-baru ini

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pada 22 Disember tahun lepas, sekumpulan pengguna mendakwa menjadi mangsa penipuan umrah membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan KPDN di Putrajaya dan beberapa negeri lain.

Datuk Armizan berkata, aduan itu melibatkan kesalahan syarikat umrah tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang menetapkan award yang perlu dibayar syarikat kepada mangsa terlibat.

''Penguatkuasa kita berkerja hujung tahun sehingga awal tahun ini, kita melaksanakan siasatan yang telus yang terperinci dan saya boleh maklumkan bahawa pada hari Selasa depan, sebuah syarikat yang berpangkalan di Putrajaya telah menerima notis untuk didakwa di mahkamah.

"Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya selepas melakukan tinjauan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (PoS to PoS) di sekitar Tenom di sini hari ini.

Tegasnya Armizan lagi, KPDN memandang serius perkara itu dan akan berusaha untuk mencari penyelasaian terbaik bagi menangani isu penipuan umrah bersama agensi penguatkuasan berkaitan agar perkara sama tidak berulang lagi.

Beliau perkata usaha itu termasuk mengkaji keperluan untuk menambah baik kerangka perundangan sedia ada untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

ZEHRA BINTI ZAMBRI