fb fb fb fb fb

KOSWIP salur lebih RM247,000 kepada anak-anak cemerlang

Pengerusi Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad Datuk Khairul Walid Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Lebih RM247,000 bantuan disalurkan kepada anak-anak cemerlang ahli Koperasi KOSWIP Malaysia menerusi majlis penyampaian Bantuan Pendidikan Dermasiswa KOSWIP bagi tahun ini.

Pengerusi Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad Datuk Khairul Walid Mohamed Bagi kategori dermasiswa seramai 34 orang menerima bantuan sebanyak RM500 seorang dengan peruntukan keseluruhan RM17,000.

"Program bantuan pendidikan dermasiswa antara salah satulah keistimewaan kemudahan daripada KOSWIP kepada anggota-anggota.

"Sudah tentu kalau untuk Sijil Pelajaran Malaaysia (SPM) kita pastiksn mereka mendapat 8A dan ke atas. Kalau yang lain kita akan berikan mengikut kategori dan kita sasarkan yang cemerlang. Jadi itu pihak KOSWIP sendiri yang menenentukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini.

Bantuan berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada ahli Koperasi KOSWIP Malaysia dalam menyokong pendidikan anak-anak mereka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI