fb fb fb fb fb

Komuniti nelayan jadi fokus Program MADANI Rakyat di Melaka

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Selatan, Muhammad Asri Ibrahim ketika menjadi tetamu di konti MELAKAfm./RTM

MELAKA, 8 Oktober - Komuniti nelayan antara kumpulan yang diberi perhatian dalam Program MADANI Rakyat (PMR) yang akan berlangsung di Melaka pada bulan ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Selatan, Muhammad Asri Ibrahim, berkata program satelit berkenaan bertujuan mendekati permasalahan dan isu yang dihadapi komuniti nelayan setempat.

Menurutnya, semua pandangan dan maklum balas yang diterima akan direkodkan serta disalurkan kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Kita akan bersama dengan agensi-agensi yang terlibat, antaranya Persatuan Nelayan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), TEKUN Nasional dan agensi lain yang berkaitan dengan nelayan.

“Agensi-agensi ini akan memberi penerangan mengenai insentif dan kemudahan yang boleh diterima oleh nelayan dan komuniti setempat,” katanya.

Selain sesi libat urus bersama agensi, pelbagai aktiviti lain turut disediakan sepanjang program dua hari itu yang akan berlangsung di Dataran Ikan Bakar Serkam Pantai, Merlimau, pada 11 dan 12 Oktober ini.

Antara aktiviti yang dijadualkan termasuk pertandingan memasak, sukan rakyat dan jualan Rahmah.

Muhammad Asri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu di konti MELAKAfm hari ini.

Komuniti Nelayan antara yang diberi perhatian pada Program MADANI Rakyat (PMR) yang akan berlangsung di Melaka Oktober ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Selatan, Muhammad Asri Ibrahim berkata program satelit berkenaan dilaksana bertujuan mendekati permasalahan dan isu berkaitan komuniti itu.

Semua pandangan akan direkodkan dan disalurkan kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk tindakan susulan.
 

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI