KUALA LUMPUR, 11 Julai- Komentar Forbes Megazine yang positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan kerajaan begitu serius mereformasi ekonomi negara.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan, pendekatan kerajaan itu akan melonjakkan lagi keyakinan pelabur terhadap negara dan mengukuhkan nilai ringgit.
"Ini sudah pasti amat berkait rapat dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan struktur ekonomi negara.
"Justeru, kita bakal lihat manfaat ini dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang. akan mengalakkan lagi kemasukan dana asing dan secara langsung membantu mengukuhkan nilai ringgit,"katanya.
Selain komitmen ekonomi, kerajaan juga perlu terus meningkatkan usaha memperkemas strategi komunikasi agar rakyat memahami kepentingan sesuatu dasar dilaksanakan.
Dr. Afzanizam berkata demikian kepada RTM.