fb fb fb fb fb

Kolaborasi pelbagai agensi semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan

(FOTO RTM)

IPOH, 16 Julai -Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini menyaksikan penglibatan lebih banyak pihak yang menggembleng tenaga untuk menjayakan pelbagai program menarik.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, usaha berkenaan dilakukan bagi 'menggelorakan' rasa cinta seluruh rakyat kepada negara.

Semangat sambutan Bulan Kebangsaan akan terus dirancakkan ke seluruh pelusuk negeri dan daerah yang diterajui kementerian serta Jabatan Penerangan dengan kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, GLC dan NGO.

"Harapan saya semangat patriotisme ini bukan hanya semasa mereka hadir tetap boleh saja dibawa ke mana sahaja sempena bulan kemerdekaan yang akan kita sambut mulai esok sehingga 31 Ogos dan 16 September nanti", katanya demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini

Salah satu program utama ialah konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang akan menyelusuri seluruh negara dengan konsep “Penyerahan Jalur Gemilang” antara satu negeri dengan negeri lain.


( Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil)

Media Baharu