fb fb fb fb fb

KKR pastikan projek siap "Ahead of Time", bukan "Extension of Time"

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

ALOR SETAR, 29 April - Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan akan memastikan setiap projek bawah seliannya dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai sasaran sifar projek sakit.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap projek yang dilaksanakan perlu siap "Ahead Of Time" (AOT) dan bukannya "Extension Of Time' (EOT).
 
Sehubungan itu, beliau mahu setiap projek bernilai RM20 juta kebawah adalah bawah pemantauan jurutera daerah, projek bernilai RM20 juta keatas bawah pemantauan pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan projek -projek khas bangunan am bernilai ratusan juta bawah pemantauan ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR).
 
"Pada masa sama rakyat boleh terima perkhidmatan dengan lebih awal daripada jangkaan masa. Dan satu lagi sifar projek sakit, sifar projek sakit, projek ini lewat 60 hari daripada jadual atau 20 peratus lewat kita tidak mahu. Kita nak sifar projek sakit lepas ni, oleh itu projek hendaklah dikendalikan dengan betul," kata Ahmad Maslan kepada pemberita dalam siri turun padang ke Kedah, di sini.

Hingga kini, dianggarkan terdapat 3.5 peratus masalah projek sakit diseluruh negara. Empat projek sakit di Kedah termasuk projek pembangunan Mahkamah Sik, Rumah Kenangan Bedong, Klinik Kesihatan Padang serai dan Projek bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
 

TETITIA YUSOFF