fb fb fb fb fb

KKM perkukuh fasiliti perkhidmatan pakar kardiotorasik

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/Foto Facebook Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh fasiliti kesihatan awam dan swasta dalam usaha mendapatkan perkhidmatan pakar khususnya dalam bidang pembedahan kardiotorasik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, seramai 23 pegawai perubatan mengikuti dalam bidang pembedahan kardiotorasik iaitu tujuh di bawah program sarjana perubatan dan 16 melalui 'parallel pathway'.

Bagi bidang perubatan keluarga pula, katanya seramai 1,938 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran iaitu 390 orang pegawai dalam program sarjana perubatan dan 1,548 orang pegawai dalam 'parallel pathway'.

"Bagi 2020 hingga 2024, anggaran perbelanjaan biasiswa bagi pegawai perubatan KKM yang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik berjumlah RM2.6 juta, manakala bidang perubatan keluarga pula berjumlah RM68.1 juta," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai bilangan pegawai perubatan khususnya dalam bidang pembedahan kardiotorasik dan perubatan keluarga yang kini sedang menjalani latihan.

GRACE AISYAH KEDAYAN