fb fb fb fb fb

KKM akan tubuh jawatankuasa bersama KPWKM, tingkatkan penjagaan sosial komuniti

(Khairy Jamaluddin ditemu bual media selepas melancarkan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan
Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 11 September - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi meningkatkan peruntukan supaya penjagaan sosial di peringkat komuniti dapat dipertingkatkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menyatakan, ia termasuklah bagi membantu keluarga yang tidak mampu menggajikan jururawat untuk menguruskan pesakit demensia.


(Khairy Jamaluddin melancarkan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan
Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di ibu negara)

"Jadi kita perlu pelaburan bukan hanya dalam bidang klinikal, tambah lebih ramai lagi pakar bidang tersebut tetapi yang sama penting adalah dari segi sokongan yang kita boleh bagi di peringkat komuniti terutamanya untuk membantu ahli-ahli keluarga mereka yang mungkin tak dapat memberi sokongan yang memuaskan disebabkan beban yang begitu besar," kata beliau pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua), di sini hari ini.

Tambah beliau, Malaysia perlu mengambil contoh daripada negara luar seperti United Kingdom (UK) dan Australia berhubung sistem penjagaan sosial yang jauh lebih maju dalam mengendalikan pesakit dimensia.

Media Baharu