fb fb fb fb fb

Helikopter dikhuatiri hilang di kawasan hutan Bidor, Perak

(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lokasi terakhir dilaporkan di sekitar
kawasan hutan dekat Bidor kira-kira pukul 12.16 tengah hari)

IPOH, 11 September - Sebuah helikopter swasta terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, sebelum dilapor hilang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor kira-kira pukul 12.16 tengah hari.

Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang juruterbang dalam helikopter berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang diaktifkan CAAM dengan kerjasama PDRM di lokasi sebenar.


(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lokasi terakhir dilaporkan di sekitar
kawasan hutan dekat Bidor kira-kira pukul 12.16 tengah hari)

Helikopter tersebut sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada pukul 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pada pukul 11.37 pagi.

Pihak CAAM dan PDRM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini.

Datuk Seri Dr Wee berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTMB Ipoh.

Media Baharu