fb fb fb fb fb

Kilang kereta perisai, bakal dibina di Lipis

Foto FB Menteri Besar

KUANTAN, 9 Mei- Kilang kereta perisai bakal dibina di Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II di Lipis, Pahang oleh MILDEF International Sdn. Bhd.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II telah dikenal pasti untuk dimajukan bagi projek berasaskan industri pertahanan.

"Tapak projek tersebut telah diluluskan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) manakala agensi pelaksana projek adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)."

"Kini, pihak syarikat sedang dalam rundingan memuktamadkan pelaburan dan dijangka mula melabur apabila pelaburan fasa 1 daripada kilang peluru Ketech Asia Sdn. Bhd. beroperasi sepenuhnya," kata Datuk Seri Wan Rosdy kepada dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15, di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Pelaburan pertama di kawasan itu merupakan kilang pembuatan peluru pertama di negara ini bernilai RM150 juta oleh syarikat Ketech Asia Sdn. Bhd. melibatkan kawasan seluas 100 ekar.

Ia dijangka bakal membuka 150 peluang pekerjaan baharu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM