fb fb fb fb fb

Kilang besi musnah 80% dalam kebakaran

FOTO JBPM Sibu

SIBU, 20 November- Sebuah kilang besi di Jalan Maling di Sibu mengalami kerosakan teruk apabila 80 peratus struktur bangunan musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 7.20 malam.

Susulan itu, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran merebak dengan pantas menyebabkan hampir keseluruhan bangunan tersebut terbakar.

Anggota bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.

Operasi tamat kira-kira pukul 10 malam. Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE