fb fb fb fb fb

Kibar bendera Wilayah, pupuk semangat cinta 'Keluarga Malaysia'



KUALA LUMPUR, 3 Febuari- Sebanyak 100,000 bendera diedarkan membabitkan 71,000 bendera di Kuala Lumpur, 15,530 di Putrajaya dan 18,000 di Labuan.

Kempen turut dilaksanakan di tiga pusat beli-belah terkemuka dalam usaha memupuk semangat dalam kalangan warga kota untuk sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

"Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kecintaan dan rasa sayang kepada Wilayah Persekutuan sebagai sebuah Keluarga Malaysia," kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dalam sidang media selepas pelancaran kempen kibar bendera, hari ini.

"Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan pada kali ini dilaksanakan di Pusat Membeli Belah terkemuka di Suria KLCC, Pavilion KL dan Mid Valley Megamall," jelasnya.

Dengan menaiki Bas Hop on Hop-off KL bertolak jam 10 pagi dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diiringi Ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Sepanjang kempen kibar bendera itu beliau turut mengedarkan sumbangan dan bendera wilayah persekutuan di setiap lokasi.

Media Baharu