fb fb fb fb fb

Kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan dilancar

LABUAN, 3 Februari - Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan antara pengisian program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Pelancarannya diadakan serentak hari ini di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga di Labuan.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Sri Amir Hussien berkata pelancaran kempen itu bertujuan meningkatkan kecintaan kepada Wilayah Persekutuan sesuai dengan tema sambutan“Keluarga Malaysia”.

"Kalau kita lihat di pekan-pekan ataupun di restoran-restoran dan pergaulan yang kita ada di Labuan ini ianya tidak membatasi antara kaum dan bangsa dan semua perayaan kita kunjungi dan kita tahu hak-hak sosial antarabangsa dan juga kita menghormati antara kaum satu sama kaum lain," katanya selepas melancarkan kempen kibar bendera Wilayah di sini.

Turut diadakan pada majlis perasmian tersebut pameran Keluarga Malaysia yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang berlangsung sehingga esok.

Media Baharu