fb fb fb fb fb

Khairy harap kertas putih kesihatan, dasar GEG diteruskan

(Sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan)

PUTRAJAYA, 12 Disember- Pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahas di Parlimen bagi mendapatkan persetujuan semua wakil rakyat untuk kelulusan.

Menurut Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin usaha itu perlu diteruskan kerana ia penting untuk reformasi sistem kesihatan negara, bagi jangka masa panjang.

Jelasnya kertas putih adalah usaha yang membabitkan semua pakar yang terlibat dalam setiap perbincangan dan juga sesi libat urus yang telah dibuat sebelum ini.

"Prosesnya bukan proses yang dibuat oleh mantan menteri tapi yang dibuat oleh semua. Kertas putih penting bagi perubahan sistem kesihatan awam negara sebagai sumber yang mencukupi untuk menampung beban penyakit untuk tahun-tahun mendatang terutama dari segi sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan aspek peruntukan,"katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di Putrajaya.

Khairy turut berharap perkara sama dapat diteruskan bagi Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.

Tambahnya kedua-dua perkara itu telah dimaklumkan kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.


(Khairy Jamaluddin ditemui pemberita selepas sesi penyerahan

Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di Putrajaya)

Media Baharu