fb fb fb fb fb

Ketua Dewan Perwakilan NZ lakukan kunjungan hormat ke Parlimen

Foto FB BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerima kunjungan hormat Ketua Dewan Perwakilan New Zealand, Gerry Brownlee di bangunan Parlimen, hari ini.

Kunjungan hormat hampir 30 minit itu disusuli dengan mesyuarat antara kedua-dua pihak.

Melalui mesyuarat tersebut, pelbagai perkara dibincangkan antaranya usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand.

Selain, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Turut disentuh, bidang tenaga boleh baharu (RE), keterjaminan makanan dan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh negara ASEAN.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM