fb fb fb fb fb

Kestabilan politik pacu prestasi ekonomi negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Januari-Pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan memberangsangkan turut dipacu oleh kestabilan politik Kerajaan Madani.

Ia secara tidak langsung memberi persepsi terbaik kepada pelabur asing berdasarkan kebolehan kerajaan menguruskan negara.

Menurut penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Kepengerusian ASEAN tahun ini juga bakal melonjakkan lagi prestasi Malaysia sebagai hub pelaburan positif dan agresif kepada negara dagang.

"Kedudukan sebagai Pengerusi Negara ASEAN memberi kelebihan kepada Malaysia untuk membolehkan pembentukan komuniti ASEAN dalam konteks ekonomi akan membolehkan aliran keluar masuk kedudukan penjualan, pemintaan, penawaran hubungan, dilihat dalam konteks perbelanjaan dan tabungan serta kadar faedah yang ,mahu dibawa oleh Malaysia di peringkat dunia", katanya demikian kepada RTM.

Sementara itu, Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berpandangan kemajuan yang dibuktikan kerajaan ketika ini memberi ruang kepada menteri kabinet meneruskan iltizam sedia ada; mengukuhkan lagi pencapaian pada 2025.

"Dalam hal ni saya lihat tanggungjawab oleh penjawat awam dan semua rakyat paling penting.

"Kestabilan politik yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah faktor utama pertumbuhan ekonomi pada 2024 dan seterusnya 2025 memberangsangkan dan akan memberi manfaat kepada semua dalam hal ini", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD