fb fb fb fb fb

Keselamatan dan kawalan sempadan Perlis perlu dipandang serius

SADAO, 14 Julai- Keselamatan dan kawalan sempadan di Perlis perlu dipandang serius serta diberi perhatian segera.

Ini memandangkan terdapat isu penyeludupan dan insiden yang tidak diingini pernah berlaku.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kawalan itu mampu mengurangkan risiko keselamatan dan aktiviti jenayah di kawasan sempadan.

"Kelulusan daripada kerajaan pusat amat amat dialu-alukan dan dihargai berhubung menaik taraf prasarana serta mempertingkatkan operasi keselamatan di kawasan sempadan Perlis-Thailand.

"Kedudukan negeri sebagai pintu negara akan memberi ruang dan peluang kepada Perlis untuk terus meningkatkan kedudukan ekonominya," titah baginda ketika menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Darus Salam Ban Na, Padang besar yang terletak dalam daerah Sadao, Thailand sempena program Kayuhan MAIPs Peduli.


(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kawalan itu
mampu mengurangkan risiko keselamatan dan aktiviti jenayah di kawasan sempadan)

Media Baharu