(Foto BERNAMA)
PANTAI PUTERI, 14 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenai kenaikan harga barang.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata ini kerana pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan harga di semua premis perniagaan.
Sebanyak 10 pasukan penguat kuasa digerakkan dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Katanya, jika didapati benar berlaku kenaikan harga barang, pihaknya akan mengeluarkan notis kepada premis terlibat.
"Orang ramai menggunakan media sosial mereka untuk membuat aduan mengenai harga barang. Kami akan ke premis terlibat untuk siasatan lanjut. Pengguna diminta terus melaporkan kepada KPDN sekiranya terdapat kenaikan harga barang," katanya selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di sini.
(Foto BERNAMA)