fb fb fb fb fb

Kes harian COVID-19 cecah paras tertinggi dalam tempoh lebih 3 bulan

PUTRAJAYA, 4 Februari - Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia melepasi paras 7,000 dengan 7,234 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 5,720 kes semalam.

Ia merupakn jumlah kes harian tertinggi direkodkan sejak 16 Oktober 2021 iaitu 7,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kini meningkat kepada 2.895 juta kes.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri melalui portal CovidNow esok.

Golongan yang belum divaksinasi dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin kerana mereka berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Media Baharu