Kes gaduh di luar sekolah dalam tindakan perundangan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Insiden pergaduhan membabitkan murid yang berlaku di kawasan perumahan dan tular di media sosial kini memasuki fasa tindakan perundangan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPWPKL memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes.
  • JPWPKL tidak akan berkompromi terhadap salah laku keganasan dan akan ambil tindakan tegas.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“JPWPKL tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku keganasan membabitkan warga pendidikan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” jelasnya dalam kenyataan.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas rakaman pergaduhan tersebut tular di media sosial sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.