fb fb fb fb fb

Kes denggi meningkat 7.9 peratus, tiga kematian dilaporkan

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 3 Jun - Jumlah kes deman denggi meningkat 7.9 peratus kepada 2,638 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME21) bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei, berbanding 2,444 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME21.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME21 meningkat 164.4 peratus kepada 46,257 kes berbanding 17,496 kes bagi tempoh sama 2022, manakala 31 kematian akibat komplikasi dilaporkan berbanding 10 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

(FOTO FAIL)

"Trend kes denggi bagi 2023 adalah lebih tinggi berbanding trend kes bagi median lima tahun dan 2022," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dr. Muhammad Radzi, bilangan lokaliti 'hotspot' pada ME21 menurun kepada 72 berbanding 77 pada minggu sebelumnya, dengan 53 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (8), Sabah (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4) serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Perak.

Media Baharu