fb fb fb fb fb

Bapa maut, dua anak selamat kereta jatuh ke dalam longkang

(Kereta kancil yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang malam tadi/FOTO Bomba Labuan)

LABUAN, 2 Jun - Seorang bapa maut manakala dua anaknya terselamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka jatuh ke dalam longkang di Jalan Taman Damai Kg. Layang-Layangan di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Layangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Huzyman Malikin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 malam.
 
Dalam kejadian nahas itu, seorang lelaki dikenali sebagai Abd Rashid Bahari berumur 48 tahun sementara dua orang anak perempuannya Nur Aqeesha, 8 dan Nor Izah Batrisyah, 10 tahun.
 
"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan kesihatan manakala dua anaknya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kerosakan teruk pada bahagian depan kenderaannya.
 
Kedua-dua anak mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan segera, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 9.25 malam.


 

Media Baharu