fb fb fb fb fb

Kerosakan feri punca perang mulut, 423 penumpang selamat tiba di Kuala Perlis

FOTO ORANG AWAM

LANGKAWI, 3 Februari - Kerosakan feri dipercayai menjadi punca ketegangan dan perang mulut antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu berkata kerosakan membabitkan feri berkapasiti besar.

Semalam tular video dan gambar memaparkan penumpang terkandas selama 8 jam di jeti berkenaan sejak 2.30 petang hingga 10.30 malam.

Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis pada pukul 11.25 malam.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. Kapten Baharin Baharom memaklumkan pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama berikutan air surut di Terminal Feri Kuala Perlis.

Media Baharu