Kerjasama rentas agensi diperhebat tangani ajaran sesat di alam maya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kerajaan memperkukuh kerjasama rentas agensi menerusi pendekatan whole-of-government bagi membendung penularan ajaran sesat yang kini semakin aktif disebarkan melalui platform digital dan merentasi sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kaedah penyebaran berubah: daripada pertemuan rahsia kepada media sosial dan aplikasi mesej, menyukarkan pengesanan awal dan merentas sempadan.
  • Ajaran sesat menyelinap di sebalik program pembangunan kendiri, kebajikan, rawatan alternatif dan pengajian agama tidak formal.
  • Hasil kerjasama agensi seperti JAKIM, JAIN, PDRM, MCMC, MKN dan JPN membolehkan serbuan serta penahanan jemaah dan warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, cabaran penguatkuasaan semakin kompleks berikutan perubahan kaedah penyebaran ajaran sesat yang kini lebih tertumpu kepada media sosial dan aplikasi pesanan.

“Realitinya, kaedah penyebaran ajaran sesat kini telah berubah daripada pertemuan fizikal secara rahsia kepada penggunaan platform media sosial serta aplikasi mesej tertutup. Peralihan ke alam maya ini secara tidak langsung telah menyukarkan usaha pengesanan awal oleh agensi penguatkuasaan memandangkan dakyah digital sebegini bergerak bebas melangkaui sempadan geografi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit, mengenai langkah kerajaan menangani penularan ajaran sesat, tindakan penguatkuasaan yang diambil serta usaha intervensi bagi memperkukuh akidah individu yang terpengaruh.

Menurut beliau, fahaman berkenaan turut berselindung di sebalik program pembangunan kendiri, aktiviti kebajikan, rawatan alternatif serta pengajian agama tidak formal.

Dr. Zulkifli berkata, hasil kerjasama melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), beberapa tindakan penguatkuasaan berjaya dilaksanakan.

Antaranya, penahanan 288 jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah pada 31 Mei lalu serta 226 warga asing dalam serbuan ke atas sebuah markas Syiah di Petaling Jaya, Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.