fb fb fb fb fb

Kerjasama ekonomi Malaysia-China terus diperkukuh, pacu sektor automotif

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Geely Holding, Eric Li ketika pelancaran
kereta Proton X90 pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan
Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Kerjasama ekonomi Malaysia-China akan terus diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelaburan terutama dalam sektor automotif tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus memastikan industri itu bergerak seiring sejajar dengan ekosistem alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) global.

Malah kolaborasi Proton-Geely juga dilihat positif bagi mengekalkkan kedudukannya sebagai hab eksport industri automatif terkemuka di Malaysia.

"Kami sedar mereka banyak membahaskan mengenai ekosistem alam sekitar dan ESG. Pengasas dan pengerusi Geely Holding Group, Eric Li menyebut kepada saya tentang inisiatif segera untuk peralihan, termasuk memiliki kenderaan elektrik (EV) bersama petroleum dan gas. Ini akan memudahkan peralihan kepada EV dan melihat secara pragmatik ke dalam perubahan dan melaksanakan tugas dan patut diberi perhatian oleh pengurusan,"

Beliau menyatakannya ketika melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton Holdings Bhd (Proton), Proton X90 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan 40 Tahun Proton dan pelancaran
Proton X90 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan akan memudahkan proses bagi memastikan Proton dan Geely berjaya menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automatif utama.

Kerjasama itu juga merupakan usaha dalam memastikan produk keluaran nasional turut setanding dengan pengeluaran negara luar terutamanya dari aspek kualiti.

"Saya telah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Perak untuk memastikan ada kemudahan menjalankan perniagaan yang kita memudahkan proses bahawa segala yang perlu akan dilakukan untuk memastikan itu berjaya.

"Geely dan Proton berjaya menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automatif utama kerana kami menyedari bahawa kesan sosioekonomi Proton kepada negara adalah penting dengan ekosistem automotifnya," jelas beliau.

Media Baharu