fb fb fb fb fb

Kerja baik pulih infrastruktur pascabanjir di Pahang lancar

TEMERLOH, 19 Ogos- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah selesai menjalankan kerja- kerja baik pulih sementara infrastruktur pascabanjir di negeri Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 11 projek telah siap sepenuhnya antaranya melibatkan pembinaan jambatan, jalan raya dan perparitan, selain kerja penyelenggaraan.

Menurut Fadillah, sebanyak RM184 juta diperuntukan bagi tujuan penyelenggaraan, RM59 juta peruntukan untuk memperbaiki cerun dan RM100,000 pula digunakan bagi membaik pulih jambatan di Pahang.

Manakala, sejumlah RM5.37 juta peruntukan bagi pembaikan jalan dan RM5.3 juta pula adalah untuk baik pulih bukan pavemen iaitu bukan melibatkan permukaan jalan.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengadakan program Jelajah FTRoadpedia bagi misi tinjauan infrastruktur Keluarga Malaysia dengan siri jelajah kali kedua di Zon Selatan bermula semalam sehingga 20 Ogos 2022.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof

Jelajah kali ini akan menelusuri tiga buah negeri iaitu negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Antara lokasi tinjauan pada jelajah kali ini antaranya Rumah Kekal Banjir (RKB) di lokasi pembinaan di Kg. Tanjung Belengu di bawah Projek Kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) untuk daerah Temerloh, Pahang.

Media Baharu