fb fb fb fb fb

Kerajaan telah belanja RM158 bilion menerusi Belanjawan 2023 - PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Sebanyak RM158 bilion telah dibelanjakan daripada keseluruhan peruntukan Belanjawan 2023, setakat Mei 2023.

RM3 bilion daripadanya melibatkan pembayaran fasa pertama dan kedua Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan 8.7 juta penerima.

Selain itu, RM2.6 bilion bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan penjawat awam dan pesara serta lebih RM3 bilion lagi melibatkan perbelanjaan subsidi bil elektrik.

"Lebih RM3 bilion bagi perbelanjaan subsidi bil elektrik yang memanfaatkan 9.7 juta pengguna elektrik, lebih RM11 bilion bagi perbelanjaan subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan gas cecair memasak dan lebih RM800 juta bagi tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang memanfaatkan lebih 5 juta murid," kata Anwar di Parlimen, hari ini.


(Foto Hiasan)

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika sesi Pertanyaan Menteri.

Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus manakala RM99 bilion lagi bagi belanja pembangunan.

Media Baharu