KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Kerajaan akan menyokong dan membantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama syarikat korporat lain bagi merealisasikan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bersempena kepengerusian ASEAN 2025, APG merupakan antara fokus utama kerajaan dengan matlamat menjadikan negara dan rantau ini sebagai hab utama tenaga pada masa depan.
"Ini adalah cabaran bernilai puluhan bilion ringgit, dan saya percaya TNB kini sedang merangka strategi dalam bidang ini.
"Kerajaan sedar bahawa pelaburan ini sangat besar dan sedang mencari jalan agar TNB bersama rakan korporat lain dapat merealisasikan APG ini," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 TNB di sini.