
KUALA LUMPUR, 9 Februari – Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri terus dipergiat bagi memastikan pembangunan industri mineral negara, khususnya unsur nadir bumi (REE) dilaksana secara tersusun dan inklusif.
- MMN menjadi platform utama menyelaras dasar, hala tuju dan tadbir urus sektor mineral negara.
- Kerjasama Persekutuan-negeri dipergiat untuk pembangunan unsur nadir bumi secara tersusun dan inklusif.
- Penyelarasan memastikan pandangan serta kepentingan kerajaan negeri diambil kira dalam inisiatif REE.
- Perbincangan dasar dan inisiatif REE dijalankan melalui mekanisme inklusif MMN.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata bagi tujuan itu, Majlis Mineral Negara (MMN) menjadi platform utama menyelaras dasar, hala tuju dan tadbir urus sektor mineral negara.
“Perbincangan dan penyelarasan ini dilaksanakan melalui MMN yang berperanan sebagai platform utama untuk menyelaras dasar, hala tuju dan tadbir urus sektor mineral antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
“Melalui mekanisme ini, sebarang dasar dan inisiatif berkaitan pembangunan REE dibincangkan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan serta kepentingan kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa ke atas tanah dan mineral,” katanya.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden di Dewan Rakyat di sini.