fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan, Sultan Johor salur bantuan AS$ 1 juta untuk Turkiye

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Februari- Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk menyalurkan bantuan berjumlah AS$1 juta dolar kepada kerajaan Turkiye dan Syria.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan mengurniakan jumlah sama kepada negara berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan menambah jumlah itu sebanyak RM1 juta.

"Kita harap bantuan daripada rakan-rakan dan rakyat yang simpati akan disalurkan kepada Turkiye dan Syria.

Bantuan ke Syria ini, kita akan salurkan menerusi International Red Cross dan konsulat kita di Syria akan memastikan urusan penyaluran dana dan pembelian barangan perubatan dan sebagainya, di sana nanti," kata Anwar dalam sidang media hari ini, di sini.


(FOTO BERNAMA)

Sementara itu, seramai 70 anggota penyelamat tambahan akan diterbangkan ke Turkiye malam ini.

Ini melibatkan 30 anggota bomba serta 20 anggota masing-masing dari SMART dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Ini kerana pasukan pertama dilihat sangat berkesan dan Turkiye rasa selesa dan memohon supaya kita tambah bantuan tenaga.

Penerbangan bantuan ini diurus oleh Turkiye sendiri melalui Turkish Airlines sekali gus mengurangkan beban tanggungan kita," tambah Anwar.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang mempersiap pasukan doktor dan paramedik bagi menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye.

ATM juga bersedia menggerakkan pasukan untuk membangunkan hospital perang sekiranya diperlukan.

Media Baharu