fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI beri komitmen berterusan berkenaan isu rakyat di Kelantan

Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 2 Mei- Isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas adalah komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk diselesaikan khususnya di Kelantan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap agar berkata perkara itu diselesaikan dengan segera supaya tidak terus mengganggu pihak terkesan.

"Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan membantu mana-mana kerajaan negeri.

"Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan yang buat kali pertama dipengerusikan saya dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di Kelantan," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI