fb fb fb fb fb

Kerajaan lanjutkan subsidi tambang penerbangan musim perayaan kepada empat hari

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

SEPANG, 3 Disember- Kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum berjumlah RM499 pada musim perayaan daripada tiga kepada empat hari bermula Krismas ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif itu terpakai bagi perayaan-perayaan lain pada tahun hadapan untuk penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

"Kami menjangkakan lebih ramai orang akan melakukan perjalanan hujung minggu ini, jadi subsidi kini akan merangkumi empat hari (sebelum tarikh perayaan). Ini melibatkan penetapan tambang maksimum untuk syarikat penerbangan.

"Subsidi ini akan meningkatkan kemudahan dan menyediakan tambang yang lebih kompetitif serta mampu milik untuk penumpang. Kami berharap ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat negara ini," katanya.

Jelas beliau lagi lebih 20 juta di anggarkan melibatkan kos inisiatif tambahan perbelanjaan kerajaan ini .

Ini termasuk dua inisiatif yang akan melibatkan peruntukan RM48 juta bagi Inisiatif Harga Maksima dan inisiatif FlySiswa tahun hadapan .

Beliau di temui media selepas pelancaran kadar tambang tetap AirAsia bagi perayaan Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE