fb fb fb fb fb

Keputusan lepasan SPM mohon IPTA, ILKA diumum 28 Jun

Foto RTM

KUALA LUMPUR,20 Jun-Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke IPTA bagi lepasan SPM akan diumum 28 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan keputusan tu adalah bagi pengajian ke universiti awam, politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam peringkat sijil, asasi dan diploma bagi Sesi Akademik 2024/2025.

Keputusan boleh disemak secara dalam talian atau melalui aplikasi UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran bermula 29 Jun hingga 7 Julai menerusi laman web IPTA dan ILKA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD