fb fb fb fb fb

Keputusan harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu Majlis Peluncuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)/Foto Mohamad Sabu

SERDANG, 10 Jun - Keputusan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian sedang memperhalusi cadangan berkenaan dengan beberapa kementerian berkaitan yang kini dalam fasa penyelesaian akhir.

"Masih di peringkat perbincangan. Sebarang perubahan harga dan sebagainya, perbincangan membabitkan empat kementerian, bukan hanya kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tetapi melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan beberapa kementerian lain

"Sekarang,masih lagi di peringkat perbincangan dan menuju kepada penyelesaian akhir dan keputusan akan dimuktamadkan sebelum Oktober," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelaksanaan cadangan itu pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan kerajaan perlu meneliti cadangan Badan Kawal Selia Padi dan Beras supaya harga siling BPT dinaikkan kepada RM3.20 sen sekilogram berbanding harga siling semasa iaitu RM2.60 sen sekilogram.

Ia mengambil kira keputusan yang dibuat kelak bakal memberi impak kepada hampir 300,000 komuniti termasuk pesawah, pengilang komersial, pemborong dan peruncit.

GRACE AISYAH KEDAYAN