fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: Bawa agenda pemerkasaan usahawan wanita

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

KUALA LUMPUR, 23 Julai-  Agenda pemerkasaan usahawan wanita akan dibawa ke Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, usaha itu akan memastikan penglibatan aktif usahawan wanita dalam meningkatkan hasil industri dan eksport negara.

"Salah satu keutamaan economy delivery kita adalah untuk memastikan golongan usahawan wanita juga tidak dipinggirkan dalam ASEAN.

"Jadi, inisiatif ini konsisten dan malah selari dengan apa yang kita (kementerian) hendak buat sebagai Pengerusi ASEAN", katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Program Women In Trade and Industry (WITI).

Program merupakan kerjasama strategik antara MITI dan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia).

Menerusi inisiatif ini, MITI menyediakan latihan dan sokongan kepada golongan wanita yang berminat menceburi bidang perdagangan dan industri.

ROSLINA BINTI DIN